Thursday, 31 January 2013

Puding Cocktail Buah

hari ni sy buat puding cocktail dengan adik sy . best sanagt ! sedap ~ huhuk >.<


BAHAN BAHANNYA ( 1 loyang besar )         

  • 1 paket serbuk agar2 (11gm)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin fruit cocktail

CARA MEMBUATNYA

  1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
  2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
  3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
  4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan


               .                 

Cupcake "YUMMY"

awak mesti suke cupcake kan ? jom laa kite try buat . nak ? hihik (◕‿◕✿)

JOM CUPCAKE 

 

BAHAN-BAHANNYA


200 gram tepung optima @ spongemix
3 biji telur gred A 50 gm mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar


 CARA MEMBUATNYA


Panaskan oven pada suhu 180C Dalam mangkuk pemutar, satukan tepung optima, telur dan susu, kacau rata. Kemudian, putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat, kurang lebih 8 - 9 minit.

Tuang mentega cair dan kaup dengan spatula hingga sebati. sudukan/paipkan adunan ke dalam cawan kertas..

Guna cup 4 auns dapat 12 bj cupcakes bakar 180c selama 25 minit atau bergantung pd oven masing2.


HIASAN


Buttercream: 100 gm
creamwell 70 gm butter
30gm gua icing
satukan bahan2 diatas dan putar sehingga putih.

boleh juga letak pewarna ikut suka dan hias ikut kesukaan anda ...letak cream bila cup cakes dah sejuk ya~



Origami "BINTANG"




 

saya suka origami BINTANG sebab bintang cute sangat..
jom kita buat sama-sama..


ok apa yang kita perlu ada mesti la KERTAS betul x? hehe


biasanya saya guna kertas A4 berwarna je tapi nak lagi cantik 
 guna la kertas bercorak tau..


kertas tu kene gunting dulu ikut saiz yang sesuai..
saiz biasa saya buat  1/2i" x 12" ) sebab tak terlalu panjang dan tak terlalu kecil.


sekarang korang just ikut turutan 1 hingga 12, xtahu tanya tau..korang ada masa 5 minit je CEPAT MULA hehehe





  













  



dah siap??? cepatnya TAHNIAH !!!



SELAMAT MEMCUBA

origami "DAUN"





hari ni kita buat origami DAUN lak yea..
korang pernah buat tak?

mst xpernah ni...hehehe


cara buat origami ni sama macam buat kipas kertas time kita kecil-kecil dulu..

cuma kita buat versi DAUN hehe

macam biasa kertas wajib ada sebab kita nak buat origami kn?



FIRST

ambil kertas segi empat sama,gunting jadi 2 bahagian macam ni







       
KE - 2

lipat macam nak buat kipas kertas mesti semua pandai kan?
lipat ke depan, lipat ke belakang, lipat ke depan lagi, dan lipat ke belakang pula sampai jadi macam ni! hehe
 



KE - 3

wow cantik nya...tapi xsiap lagi tau hehe










KE - 4


lipat dan nak lagi cantik masuk kan ring kt tengah-tengah..


KE - 5

letak gam kt area warna kuning..
dan biarkan ia kering dan kita tengok hasilnya..






Ta-da!  dah jadi daun yang comel!




bila dah pandai, korang boleh buat banyak- banyak
bagi saya satu tau hehe










Wednesday, 30 January 2013

Lawak Kampus

asalnya komik ni merupakan karya daripada Keith & Zelo yang  menceritakan hitam putih kehidupan di alam persekolahan dengan pelajar-pelajarnya mak ai macam-macam perangai..memang tak terlayan hehehe



tapi sekarang cuma Keith je yang teruskan lawak kampus sebab Zelo dah 'pencen'..komik ni dah menang banyak anugerah tau..PERCAYA TAK?

kalau tak percaya korang try la baca komik Lawak Kampus ni..
baca sekali pasti nak baca lagi hehehe



WATAK UTAMA DALAM LAWAK KAMPUS

 

 

Vanness   

Pelajar paling nakal di sekolah. Senang dikenali dengan rambutnya yang keperang-perangan dan bergogal oren. Musuh utamanya  Cikgu Noodle and Xena.

    

 

 

 

Froggy

  • Seekor katak hijau yang sangat baik hati,pintar dan kaya walaupun kadangkala bersikap nakal akibat terpengaruh dengan sikap Vanness. Mempunyai kebolehan melihat hantu.

     

 

 

Aditas

  • Kawan baik Vanness dan sering terikut-ikut dengan sikap Vanness. Pengotor dan pandai bermain dalam semua sukan.

 

 

 

 

Xena

  • Pelajar perempuan yang mempunyai wajah hodoh. Gila bayang terhadap Vanness walaupun tidak sebaliknya,malah menjadi gadis pujaan Anthony.

 

 

 

Cikgu Noodle

  • Cikgu yang perasan bahawa dirinya yang 'kacak'. Tidak disukai oleh semua murid-murid kerana sikap perasannya itu.

 

 

 

 

Si Kosong

  • Seorang pelajar yang kurang pandai dan lurus bendul. Suka membuat perkara-perkara bodoh dan tidak masuk akal. Selalu mendapat markah kosong di dalam peperiksaan.

 

 

 

Bepop

  • Pelajar yang mempunyai banyak jerawat di mukanya, namun dia mempunyai ramai kawan.Dia selalu berangan nak pikat budak perempuan tapi al maklum la bila dah ada jerawat siapa nak. Kesian dia..




WATAK SAMPINGAN

  • Ami
  • Yumi
  • Si Beruang- Tinggal dalam hutan
  • Boss- Pengusaha kantin yang hanya mahu keuntungan dan menyajikan menu-menu pelik seperti, bebola lipas, sup yang direndam bersama monyet di dalam periuk.
  • Sharkhead
  • Mickey
  • Si Kucing- Kucing Yumi.
  • Bapa Xena- Guru disiplin di sekolah.
  • Agira
  • Anthony - seorang lelaki yang kacak yang menyukai Xena, namun selalu ditolak olehnya. Dia sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk Xena
  • UNKNOWN - satu watak yang dikenali sebagai 'Unknown'. Mempunyai watak yang misterius

 

so selamat datang ke LAWAK KAMPUS 



bersambung...

Monday, 28 January 2013