Showing posts with label Resepi Di Dapur. Show all posts
Showing posts with label Resepi Di Dapur. Show all posts

Tuesday, 3 December 2013

Recipe : Chocolate Pudding with vanilla sauce


                                                    Assalamualaikum

Hari nie saya dapat resepi baru . Chocolate Puding ! 

Cara buat pudding chocolate : 

Saya beli instant pudding mixture. Kan ada jual dalam bentuk serbuk kan? Cepat dan murah. Hanya perlu tambah air & gula je ;) Buat apa nak susah2 larutkan agar-agar dan kacau tanpa henti sampai tangan lenguh kan? Beli instant je! Untuk pudding ni saya kurangkan gula sebab vanilla sauce sudah manis. Naseb baik saya ade beli acuan pudding ni dulu, barulah cantik sikitkan bentuk puding ni.




Cara buat vanilla sauce : Disebabkan resipi ini sheqa bagi secara verbal, maka dia tak bagi tau saya volume yang harus digunakan. Tapi seriusly dont worry, sebab nak buat vanilla sauce ni senang sangat, all you have to do is campak2 semua bahan sampai rasa dia sedap. Dia tak renyah sampai nak kena ada specific measurement semua. Bahan-bahan yang digunakan adelah, susu full cream perisa vanilla, susu pekat (disebabkan susu pekat kat sini tak berapa nak manis, jadi saya tambah gula juga), & saya juga tambah sedikit garam supaya rasa manis tu naik sikit. Lepas tu yang paling penting adelah tepung jagung (supaya die jadi thick). Masukkan semua bahan dalam periuk, guna api kecik dan masak sehingga dia jadi mcm think/kental. Lepas tu keep refrigerated. Kalau korang nak buat strawberry sauce, boleh la pakai susu full cream perisa strawberry. Senangkan?


Saya buat 2 acuan. Semalam ada tetamu datang, murah rezeki diorang sebab still ade 1 acuan left dalam fridge. Jadi saya hidangkan dorang dengan pudding ni untuk teatime. Gembire btol sbb pudding saya laku. Licin hehe. Mak selalu pesan kat saya, jangan kedekut hidang makanan untuk tetamu, sebab dorang ni bawa rezeki kat kite :). Oh ya selamat mencuba!

Resipi : Cocktail 59saat

Assalamualaikum

Tadi cuaca panas gila. Aku hanya meniarap depan laptop untuk survey harga camera idamanku. Keadaan aku tak ubah seperti seorang homeless yang tiada arah tujuan. Except, aku ada rumah sewa dan aku comel sikit la. Rimas. Aku bangun dan bukak fridge. Nampakstrawberry & nata de coco dekat level paling atas. Otak aku ligat memikirkan apakah yang bisa aku buat dengan dua buah ini.

Dalam masa 59 saat sahaja, aku telah siap mencipta satu dessert untuk memanjakan oropharynx dan esophagusku. Tak tahulah aku hebak sangat ke apa. Yang penting sedak gilo. Legaa tekak ambo deh! Apesal aku rasa macam aku lagi poyo dari Shahz Jazle ni?




Resipi : Air gula, susu cair, nata de coco, strawberry & ice. Sukatan ikut suka hati kaulah.


Kalau ada susu kotak dutchlady perisa strawberry lagi sedap. Buat banyak-banyak dan simpan dalam fridge. Nanti bila bukak fridge dan ternampak cocktail ni maka diri akan berasa gembira. Selamat mencuba sebab dia senang sangat =)

update : kalau ada susu dutchlady strawberry, campur sikit. tapi harus juga campur air gula dan susu cair ye. jangan letak susu dutchlady semata-mata.

Resepi : Roti Jala

Hi anda !

Jum kita try buat sama sama :)

Masukkan dalam blender, 2 biji telur, 2 cwn tepung gandum, 2 cwn air, garam n serbuk kunyit ikut mentaliti korang. Blend sehingga rumah bergegar.

Amek non-stick pan, oleskan ngan minyak yang sgt sedikit tidak lupe juge pakai api yang sgt kecik ye rakan2 supaya rmbut ataw lengan baju tidak terbakar. Amek bendealah nak buat roti jala tu (tiada dlm gmbar), terus jala laju2 supaya jd cntik mcm gmbar diatas.

Sebab aku terlupa nak amek gamba cara nak gulung, maka roti jala ni terus dah siap. Bila dah siap, laju2 gi cedok kuah kari daging kat dalam periuk puan ibu dan makan dgn gelojoh spy org disekeliling jeles.

Resipi : Cheezy Wedges

Assalamualaikum

Kemarin ada kenduri tahlil di kampung. Memandangkan cousins aku semuanya baya baya Greyson Chance & Mia Sara jadi sedang eloklah kalau aku bawakan hidangan yang sesuai dengan jiwa mereka. Budak budak ni semua bukan makan pon kalau bawak kueh keswi ke kueh badak berendam ke. Eceh padahal tak tau pon nak bikin kueh-kueh tu wkwkwkwkwkwkwkwk.

Jadi aku bawaklah cheezy wedges. Wedges tu pon aku beli yang frozen punya, perisa spicy. Malas nak kupas kentang, potong 4, potong 4 lagi, celup tepung bagai. Aku hanya buat cheezy sauce tu je. Rasa dia takdelah sebijik macam kfc punya cheezy wedges tu, sipi-sipi tu adalah. Tapi budak-budak tetap suka uolls. Meh la try buat kat rumah, jimat sangat kalau nak compare beli kat KFC tu kan.

Inilah rupa homemade cheezy wedgesku. Wedges ni berwarna gelap sikit sebab dia perisa spicy. Siapa yang kata hangus memang nak kena tau uolls ni ! *nada pondan*


RESIPI ( bulk recipe, lebih boleh simpan dalam fridge )

500ml susu UHT ( I use dutchlady)
Setengah buku butter
12 keping cheddar cheese
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil serbuk pati ayam
lada sulah, lada hitam, perasa & pewarna kuning secukupnya

Cara-cara
Cairkan butter di atas api kecil menggunakan non stick pan
Masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sampai tidak berketul.
Masukkan cheese, pati ayam, lada sulah, lada hitam dan pewarna. Kacau sampai likat. 
Kalau agak-agak pekat sangat, tambahlah air sikit. Apabila mendidih, tutup api.

Kalau guna resipi ni, korang akan dapat satu tupperware cheezy sauce. Memang banyak sangat. Senanglah kan, next time tak payah nak buat-buat lagi. Lepas ni bukan takat wedges je, nugget, sausage, hashbrown semua pon boleh jadi cheezy tau.


Untuk garnishing, aku letak daun bawang (sepatotnya parsley) & tabur white pepper. 
Selamat Mencuba!

Resepi : Chocolate Cupcake Mudah

Assalamualaikum

Nak kata aku ni rajin, tidaklah jugak. Kadang-kadang cecah pukul 1030 pagi jugak aku bangun. Sampai terjerit-jerit dak ibu (suka hati kau nak men-dak-kan ibu khennn) kejut suruh bangun. Pelbagai perkataan yang kurang enak buat halwa telinga telah berjaya dilemparkan. Hati aku punya sakit, jangan pernah kau cerita. Whatever it is I know you love me mom. Marahkan tanda sayang...tak gituueww? Cover sikit punya baik kau wkwkwkwkwk.

Nak dijadikan cerita, ketika ibu membuka peti sejuk, dengan perasaan bercampur baur sambil menarik nafas dalam dalam, ibu melontarkan suaranya yang nyaring kepadaku. 'Kau bab membeli bahan-bahan buat kek..... pandai, buatnya tak juga!' 'Leks lu bu, kan dah buat haritu. Tu bahan lebih-lebih lalalalala' 'Ha buat la lagi, daripada kau asyik bukak internet je, baik buat kek, dapat ibu makan'.  Maka....perbualan tersebut telah menjurus kepada penerbitan entry ini.


Resipi Chocolate Cupcake
(Tak payah guna mixer, pukul pakai tangan je)


Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan koko
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat


Bahan B
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

Segenggam chocolate chips

Cara-cara
Ayak bahan A. Pukul bahan B sampai kembang. 
Satukan bahan A & B sambil digilir-gilirkan dengan air suam sampai sebati.
Gaulkan sekali dengan chocolate chips.
Masukkan dalam cup. 
Kukus dalam pengukus lebih kurang 15 minit 
Ataupun 
Bakar dalam oven 180 degree selama err tak ingat


Resepi ini diambil daripada myresipi tapi mintak maaf tuan punya resipi, saya lupa which one sebab banyak sangat bukak new tab. Apepon thanks for the tip! Err anyway, untuk resipi ini, aku telah reduce semua portion into half. Resipi aku ni boleh buat sehingga 40 small cupcakes.

Aku telah menjalankan experiment sewaktu membaking cupcakes ini. Separuh aku kukus, lagi separuh aku bakar. Aku saja je nak test macam mana rasa dia jikalau aku menggunakan kaedah yang berbeza-beza. Ternyata rasa keaslian chocolate itu lebih terasa jika aku kukus. Kek akan rasa lebih moist. Walaubagaimanapun ibu dan asfiq suka yang bakar kerana mereka kata lebih rangup. Tapi aku suka yang kukus. Lupa nak tanya pendapat kak Maria engkau masa dia datang ghumah hari tu.


Cup hitam adalah yang kukus. Cup merah adalah yang bakar. Terdapat perbezaan dari segi tekstur.

 Lebihan batter aku masukkan dalam cup besar ni. Sonang cito.

Bagi aku senang sangat nak buat cupcake ni sebab tak payah pakai mixer. Jimat tenaga aku nak basuh bendalah tu. I just whip the batter! Lagipun, kos bahan murah. Aku ni memang suka berjimat baik dari segi tenaga mahupun wang ringgit. Dan yang paling penting, rasanya sedap. Janganlah kau kemain berjimat sampai apa pon tak boleh. Ged-dit?

Selamat mencuba! 

Resipi : Tiramisu

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari tu FL Homecoming Brunch Party berjalan seperti yang dirancang. Tengok poyo tak aku? Bukan main custom made lagi nama party aku. Hehe nama je hebat sebenarnya bendanya biasa jer, aku cuma mengajak several close friends untuk makan-makan sempena kepulangan aku ke tanah air heee. Disebabkan aku tak mahu mengganggu waktu solat, jadi aku buat Brunch. Breakfast + Lunch. Dari jam 10 sampai 2 petang. Oh itu nantilah aku cerita dekat entry yang lain. Sekarang aku nak berkongsi resepi Tiramisu.


 Inilah Tiramisu saya. Ohsem bukan?


Nampak macam beli dekat kedai cake kan? Sebenarnya buat sendiri lebih jimat.


Bahan-bahan
250g cream cheese
250g whipped cream
150g gula
coffee layer cake ( boleh ganti dengan biskut yang dicelup dengan air nescafe)
1/2 paket nescafe or mocha 3in1 (for garnishing purpose)


Cara-cara
Potong & susun coffee layer cake dalam baking tin (1st layer)
Beat cream cheese, whipped cream & gula with hand mixer until creamy
Tuang mixture tadi diatas lapisan cake yang pertama
Susun selapis lagi cake diatas mixture tadi (2nd layer)
Tuang mixture diatas lapisan cake yang kedua
Repeat the step until finish
Taburkan 1/4 or 1/2 paket of nescafe 3in1 for ganish
Simpan dalam fridge overnight


Sebenarnya ia sangat senang dan sedap. Lagipun presentation dia nampak expensive & lavish. Semua family members & close friends suka tau. Sekejap je dah licin. Nanti boleh la korang cuba ye =) Thanks to Yasirah & google for the recipe.


Thank you for reading this entry !

Resipi : Spaghetti Beef, Mushroom & Cheese Bolognese

Assalamualaikum


Aku suka makan spaghetti bolognese. Kalau aku ada kat rumah seremban, selalu jugak aku buat. Well, bukan sebab nak tunjuk rajin atau tunjuk pandai. Jauh sekali... Tapi, sebab aku kedekut wahahaha! Serious wey! Aku tak boleh terima la harga spaghetti lebih dari RM10. Kamon la der, lu setakat campak tomato dan daging kisar , lu nak charge mahal-mahal. Bagi akulah, harga sepatutnya bagi sepinggan spaghetti adalah RM4.50. Eh tak tak, RM 2.70 (termasuk tax) pon dah kira ekonomis sangat.

Anyway, bila buat bolognese, selalunya aku pakai sos Prego. Harga dia dalam 4 inggit lebih la setin. Tapi tadi aku terfikir, kalau aku pakai tomato (sebenar) bukanlah lebih murah? Amek kau, mana kau nak jumpa orang kedekut macam aku ?? Dah murah lagi mau murah kekekekeke.

Apepon meh aku nak berkongsi resepi Beef, Mushroom & Cheese Bolognese yang aku baru reka sebentar tadi ( alaaaa setakat bolognese boleh la kau reka, cuba rendang tok, mau gigil lutut hakhak )



 : Bahan-bahan :

Spaghetti
5 biji tomato (RM 1 wahaha murah!)
1/2 daripada 1 tube daging kisar
1 biji bawang besar
5 sudu besar cili giling
3 sachets VONO Mushroom Cheese Instant Soup
Daun bawang


: Cara-cara :

Celur spaghetti, jangan lupa letak minyak sikit untuk mengelakkan ia melekat

Tomato Puree
Buah tomato dipotong dadu. Didihkan di dalam periuk sehingga tekstur menjadi hancur. Sukatan air terpulang.

Bolognese Sauce
Tumis bawang dan cili giling. 
Apabila sudah terbit minyak, masukkan daging kisar. Gaul sehingga daging bertukar warna.
Masukkan tomato puree, Vono Mushroom Cheese Instant Soup & garam.
Let it simmer/boil gently. Once dah boiled, letak beberapa genggam daun bawang. 
Voila !


Tomato is loaded with folate, Vitamin C & potassium =) Sangat nutritious!

Bagi aku sedap juga pakai raw tomato! Boleh rasa tekstur tomato tu bila makan. Lagipon, ia adalah organik, tak payah beli tomato dalam tin yang ada pengawet. Aku suka hati je masukkan Vono Mushroom & Cheese soup untuk menambahkan kelikatan sekaligus memberi rasa cendawan dalam bolognese sauce ni =)


Served with potato salad on top. Budak-budak mesti suka Beef, mushroom & cheese bolognese ni sebab rasa dia tak berapa pedas & creamy !


Kalau ada sesiapa yang berminat nak cuba boleh la cuba ya. I'm still learning kan, malu pulak nak berkongsi resepi sendiri hihi. Sekali tak sedap mampos haku. Tapi tekak aku kata sedap, sebab tu aku konfiden update kat blog tauuuuuuuu kemahenn =')

Anyway ramadhan pon dah semakin hampir. Mungkin korang boleh try masak and jadikan ia hidangan berbuka buat keluarga? Banyak tau dapat pahala, dah la nak bikin benda ni senang gila hee. Disini aku selitkan satu hadis riwayat Tirmizi no 735 :


"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit "

Resipi : Potato Salad

Assalamualaikum

Aku suka makan salad sebab dressing dia sedap! Selalunya makan green salad je, jarang nak makan potato salad sebab bila pikir je rasa macam kembang tekak. Potato dah lah muak, lepas tu letak mayo, double muak. Few years back when I was in Japan, my host mother suka buat potato salad with egg. Hmm it was oishii ! But recently, I have found an oishii-er  & simpler recipe. Thanks to myresipi.com =)

Courtesy of Google Image. Now I am proudly announced that I am a big fan of Potato Salad!

: Bahan-bahan :

6 biji kentang
2-3 sudu besar mayo
1 sudu besar lemon juice
1 sudu besar air
3-4 genggam daun bawang
Serbuk pati ayam & perasa


: Cara-cara :

Potato
Kentang dipotong kiub (saiz lebih kurang macam sebiji pemadam)
Didihkan bersama dengan garam. Tos.

Dressing:
Dalam mangkuk yang lain, campurkan mayo, lemon juice, air, serbuk pati ayam, & perasa sehingga sebati.
Gaul kentang yang sudah ditos dengan dressing dan daun bawang.
Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Voila!


Sangat sedap apabila dimakan sejuk. Boleh buat banyak-banyak, simpan dalam fridge. Bila lapar tak perlu drive thru ke mcd, hanya perlu drive thru ke fridge aje haha bajet lawak.


Enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan side dishes dengan black pepper steak, chicken chop etc.

Please la cuba resipi ni, rasa dia sukar digambarkan! Walaupun bahan-bahan dia nampak macam tak serius, tapi rasa dia memang complete. Yang penting dia sedap gila sebab ada rasa tangy sensation from the lemon juice. Resipi yang aku featurekan kat blog ni semua simple (jimat bahan), menjimatkan wang dan menjimatkan masa. Ahaks, berjimat cermat kan amalan yang mulia. Selamat mencuba!

Resipi Mudah Puding Karamel Tanpa Telur

Assalamualaikum

Jum laa kite same -II try buat puding karemel ea ?
SELAMAT MENCUBA !
 

: Bahan-bahan :

For Caramel Sauce
2 senduk gula
1/4 cawan air

For Pudding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air



: Cara-cara :

For Caramel Sauce

1. Gunakan pan, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api
3. Tuangkan caramel sauce kedalam bekas mould pudding anda

For Pudding

1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan degil agar pudding anda cantik (Aku telah mengabaikan step ni thus pudding aku tak berapa nak cantik hehe)
2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih
3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api
4. Tuangkan pudding dalam bekas mould yang berisi caramel sauce tadi
5. Biarkan di room temperature seketika sebelum masukkan dalam fridge. Voila!



Caramel pudding, sungguh enak dimakan ketika sejuk =) Dengan resipi ini, aku dapat lebih kurang 2 bekas (saiz more or less like this) pudding. Please try sebab senang gila pastu murah hehe. Hakak-hakak boleh le bawak ke opis dan makan reramai dengan collegue. Adik-adik pon boleh buat, pastu upload kat instagram, pastilah ramai yang like dan secara tak langsung saham adik meningkat. Alamak, jangan. Riak kekekeke.

Friday, 29 November 2013

Cara Nak Buat Kek Batik





Tapi untuk pembuatan kali kedua ni aku olah skit ikut tekak aku yang suka pahit-pahit ni... So ni ler resepinye...

Bahan-bahan:




1/3 tin susu pekat manis 

  •  tapi kalau suka manis korang letak la separuh, tapi memang korang nak cepat potong kaki letak 1 tin pun takpe hahaha
Buttercup

  •  amik semua yang 250g kot, aku pun tak ingat dia punya beratMilo ikot resepi asal beli hak pek paling kecit tu tapi sebab aku pakai milo kat rumah je, so aku taruk 3 senduk ajee..
Biskut marie

  • ikot resepi asal patah-patahkan, tapi aku nak dia nampak cantik bila kerat so aku susun
Serbuk koko 1 senduk

  • hak ni aku mandai tambah sendiri.. suka pahit, tambah lebih itu koko laaa



Cara nak buat:
1. Korang cairkan butter, masukkan susu, milo dan koko.
2. Dah sebati dan likat tutup api.
3. Tuang sikit adunan dalam acuan, sebagai base, lepas tu susun biskut atas dia, then tuang lagi adunan atas biskut dan susun lagi atas dia. Buat la sampai adunan tu habissss.. Disudahi dengan lapisan adunan tu gak tau, jangan biskut lak atas sekali.
4. Jangan lupa, tekan-tekan biskut tu tiap kali korang buat lapisan, kang tak padat pulak kek batik korang tu, dah tak cantik.
5. Dah siap semua bagi sejuk kejap kek tu kat luar, dah suam-suam skit boleh la taruk dalam peti ais.
6. Korang tengok dah keras, boleh la dipotong untuk dimakan bersama keluarga. Aku buat malam, esok pagi baru potong sebab malam, tak elok makan kek kan haahah...

Hasil kek batik aku takdela lawo mana weh, tapi aku dah bangga dah sebab menjadik.. Pastu anak aku asiknya makan bertambah.. Huihhh sampai kena stopkan diorang. So tak jadik kasik jenjiran sebab anak sendiri hadap sampai lupa diri ngeee...




 Maapkan shayee.. sebab kek nampak comot, malas nak lap tepi pinggan utk tujuan penggambaran, shaye kan pemalas.. kihkih...

Eh lupa nak cakap, kek versi ni rangup tau.. Kalau korang suka yang lembab basah lembut camtu, tak boleh la guna resepi ni yer.. 



SELAMAT MENCUBA :)

Cara Nak Buat Kek Coklat Moist ( 8 in )



Bahan A

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder- semua bahan tersebut disatukan kemudian ayak


Bahan B
  • 2 cawan gula (kisar halus)
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak jagung

Bahan D 
  • 1 cawan air panas

Cara-caranya :
  • pukul Bahan B hingga kembang (sampai putih macam adunan bahulu) masukkan esen vanilla.
  • kemudian masukkan Bahan C, pukul sekejap supaya sebati (jangan over pukul nanti permukaan kek jadi merekah).
  • masukkan Bahan A sedikit demi sedikit, guna spatula kaup balikkan supaya sebati (pastikan tak berketul taw) - kalau nak mudah guna whisk sure bahan kering tu jadi elok tak de ketul-ketul (cikNor guna whisk).
  • akhir sekali masukkan air panas kacau hingga sebati.
  • tuang adunan dalam loyang yang sudah digris butter & dilapik parchment paper.
  • bakar selama 45 minit atau hingga masak (bergantung pada oven masing-masing) suhu 180c. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek benar-benar masak sempurna, kalau lidi tersebut bersih selepas dicucuk maknanya kek kompem dah masak yer...
  • kemudian sejukkan sebelum dihias.
Bahan Krim Coklat :
  • 1 cawan fresh cream
  • 1/4 cawan ganache- pukul fresh cream hingga softpeak, kemudian masukkan ganache kacau rata (boleh jugak    pukul sedikit supaya sebati.

Ganache :
  • 400 gm fresh cream
  • 400 gm dark chocolate (potong kecil atau guna yang coins)
  • 40 gm butter- masak fresh cream hingga keluar buih halus tepi periuk, kemudian masukkan butter.- bila butter sudah cair masukkan dark chocolate kacau hingga coklat cair sempurna.
* kalau guna periuk vision selepas butter cair matikan api masukkan coklat sebab haba daripada periuk vision sudah memadai untuk cairkan coklat tersebut.
* sejukkan anggaran 2 cawan ganache(bila dah sejuk ia jadi kental macam krim)

Kemudian sapu keseluruhan kek dengan krim coklat.
Simpan dalam peti sejuk hingga set (lebih kurang 30 minit - lagi lama lagi bagus sebab krim tu betul-betul keras so bila tuang ganache ia akan jadi sangat licin . so cantiklah hasilnya . 



SELAMAT MRNCUBA :)